Halu.
Since tahun ni kitorang takde jalan mana-mana lagi, dalam mahupun luar negara, so aku decide nak pergi Penang. Sejenis perangai tak senang duduk kalau setahun takde pergi vacay.
AYUH!
Sampai Penang, tak terus cek in. Sebab gerak awal, so sampai awal. Belum time untuk cek in. Memang saja nak gerak awal sebab nak jalan dulu before cek in.
Ada ter-tengok someone yang pergi Penang weeks before, makan dekat ada 1 kedai dim sum ni. So, saja lah nak try. Kedai ni nama dia Dim Sum Valet. Senang je nak cari. Dia dekat area cendul femes tu.
Pada aku, so-so je rasa. Plus quite mahal untuk that kinda kedai. Dah lah benda yang kitorang order (order kat waiter) semua dia tak hantar. Air je dia hantar. Lapantahun tunggu. Last-last malas nak remind dia pasal order kitorang since makan dim sum tu, emm boleh agak rasa benda lain mesti so-so macam tu jugak. So ignore je.Then singgah beli kuih tambun. Ni, husband aku dengan family in law aku suka betul. Kalau pergi Penang memang wajib beli. Aku tak ingat nama kedai dia, sebab nama cina something. Korang google je la eh.
Thennn, baru cek in. First stop, kitorang cek in dekat Holiday Inn dekat Batu Feringghi. First day memang saja plan nak duduk hotel dekat dengan laut. Sebab Aril jarang jumpa laut kan.
Kesian, tak pernah jumpa telefon berwayar.
Dah rehat-rehat kejap, then pergi mandi pool. Sejenis Aril pantang nampak pool. Jari semua dah kecut-kecut pun, ajak naik, tak nak.
Tapi masih ada anxiety yang tinggi dengan laut. Haha.
Then, malam keluar dinner dekat Restoran Kapitan. Kalau nak diikutkan, kedai ni memang kedai wajib aku pergi makan kalau datang Penang ni. Tapi pergi kali ni macam kecewa sangat rasa. First, memang betul-betul tak sedap semua benda. Baik makanan, baik air. Second, aku rasa, kedai dia macam agak kotor dan tak terurus. Aku duduk tingkat atas, pijak lantai rasa macam nak roboh. Rasa macam kosong bawah lantai tu. Serrremmm! Then, servis memang lembab. Dari segi nak panggil waiter tu lah. Kemain lama nak tunggu hantar menu sheet, nak ambil order. Tapi hantar makanan tu cepat lah. So, pasni macam dah takmau makan kat sini kalau datang Penang.
Second day, cek out awal dari hotel sebab nak jalan and nak pergi another place to cek in, which macam agak jauh jugak distance dia.
Memula kita pergi jeti dulu. Point dia nak amek gamba. Tapi, sesat nak cari jeti tu. Last-last aku jumpa Jeti Chew. Hakikatnya, aku nak cari jeti lain. Yang ada last time aku pergi. Masa tu, bebudak tu yang bawak. Aku tak ingat jalan pun. Plus masa tu kitorang pergi naik basikal.
So, dah alang-alang sampai kat jeti lain, amek je lah gamba kat situ. Tapi, sedehhh, semua gamba tak menjadi. Pastu laki I sejenis tak suka berpanas berlama-lama. Lalu, berlalu begitu sahaja.
Then, pergi Bukit Bendera. Last time aku pergi, kat sini tengah renovate. So tak dapat nak menikmati pemandangan dan tak banyak tempat boleh berjalan dan amek gamba sangat.
Kau nampak tak betapa jarangnya aku datang Penang. Aku punya cerita yang 'hari tu' tu tahun 2015 tau sebenarnya. Hahah. Tapi lepas tu aku ada je datang Penang lagi. Tapi dengan family mertua. So masa tu takde berjalan-jalan sight seeing pun. More to food hunting je.
And pergi kali ni, memang plan tak nak food hunting pun. Memang nak datang rilek-rilek lepak-lepak je.
~
Petang sikit, terus gerak pergi second stop untuk cek in. Ini yang ditunggu-tunggu sebenarnya. Kitorang cek in dekat Malihom. Aku dah beribu tahun duk telek-telek dekat website tempat ni. Nak ajak laki aku pergi, macam takde alasan. FYI, laki aku ni susah nak diajak berjalan-jalan. Lagi-lagi cuti-cuti dalam Malaysia. So kali ni pujukan berjaya lah. Hahah.
*Reminder; aku tak amek gamba sangat surrounding tempat ni sebab batak amek video nak buat vlog (yang tak edit-edit lagi sehingga di kala aku menaip entry ini). So, apa yang ada je lah eh. Meh, aku buat tour sikit-sikit apa yang ada.
That's it.
Ni view dari bilik aku. Nampak sunset. Cantikkk! Anyway tempat ni tak besar dan ada 8 bilik je. Setiap bilik design dia lain-lain. Aku memula pilih bilik yang ni sebab ada bathtub. Bilik aku amek ni nama Sripatum. And dekat sini line internet nya memang sendu ya sis. Sendu nya bukan sikit-sikit.
Disebabkan takde line, jadi kehidupan agak sendu, so kitorang jalan-jalan kat luar bilik malam-malam. Tapi untuk yang ada anak kecik, jaga-jaga sikit lah. Bawak insect repellent. Sebab banyak nyamuk, serangga dan seangkatan dengannya kat sini yang sungguh gemarkan kanak-kanak.
Oh oh! Aku lupa nak cerita. Nak datang sini, sesungguhnya jalannya amat mencabar. Kalau kau rasa naik Genting Highland tu dah extreme, mendaki dan kona-kona macam tu, dan kau sesungguhnya gerun, hentikanlah niat kau nak pergi sini. Kerana jalannya 80% lebih ekstrem dari itu. Doa lah aku rajin edit video cepat dan kau boleh tengok dekat chanel aku nanti bagaimana rupa jalan tersebut.
Sambung cerita... And dia ada macam kinda lepak room. Ada tv, ada board game, ada buku semua kat sini. Agak-agak dah pishang sangat, boleh lah datang lepak sini. TV ada Astro ye. Takdelah shendu sangat.
Kan bagus setiap pagi bangun, view macam ni. Nikmatnya!!! Yes, memang korang tido dalam kelambu. So hati-hati sebab dia ada bagi ubat nyamuk bakar yang lingkar tu. Make sure jauh dari kelambu. Kalau tak, jadi tragedi nanti. Dan beware dengan anak kecik, risau bergulung dan terjerut.
Kalau cek in kat sini memang include dengan breakfast sekali. Tapi kau jangan berharaplah breakfast dia buffet seperti typical hotel ye. Biliknya pun ada 8 je. Dan masa aku pergi ni hari weekdays. Lagi lah tiada ber-orang.
Lepas breakfast, celup-celup kat pool kejap. Aril kan, dia pantang nampak pool. Anyway, semua area dekat Malihom ni memang Instaworthy sangat. Sumpah cantik!
Like I said earlier, aku nak bilik yang ni, sebab ada bath tub kan. Ini lah rupa bath tub nya. And again, setiap bilik, interior dia berbeza. Bilik lain, ada yang ada bath tub, ada yang takde. And design/area bath tub dia pun berbeza ya.
Siap ada perigi terbelah sebelah dia. Memula tengok tu, aku wonder, menatang apa lah ni. Rupanya tempat mandi shower. Bodohnya saya. :')
Dah. Itu saja. Pulang dulu ya, Penang. Tah tahun bila nak jumpa lagi pun tak tahu. Babai.
Oh, anyway, jangan lupa tengok vlog (insyaAllah by the time korang bukak, vlog Penang ni dah ada) aku dekat Youtube channel Areen Aziz.
And also boleh tengok highlight dekat Instagram aku, username @areenaziz k.