Quantcast
Channel: HEART BEAT + HEART BOX
Viewing all articles
Browse latest Browse all 136

If's 25th Birthday Prank

$
0
0
Semua bermula dengan plan jahat si Khairy nak prank If time bufday dia. Siap buat group chat kat Whatsapp. Macam-macam plan jahat keluar. Nak buat kena tangkap basah la, nak bagi ular dalam present box la, itu la, ini la. Tapi sudahnya sume tak menjadi sebab masing-masing punya plan extreme sangat. Tapi bufday prank tetap dijalankan jugak.




 Hari kejadian, pagi-pagi da begado dalam group chat pasal nak beli kek.

Final decision.

Then, kisah prank pon bermula. Malam tu si If pegi main badminton dengan si Awi and Popo. So Awi n Popo meng-control If la kat court. Sementara kitorang-kitorang yang lain ni bersiap dekat umah gf si If sebab kat situ tempatnya yang nak buat prank tu. Sume dah get ready dengan belon melambak-lambak, bubble spray segala.

Then, kitorang suruh Tqah (gf If) call If suruh datang umah. Dengan alasan dia terjatuh dekat toilet and seliuh. Call sambil nanges-nanges. Tu pon member tahan gelak je masa call tu. Si If punya sayang gf, tinggal badminton, terus pecut kereta pegi uma gf. Sampai-sampai, tengok uma gelap gelita. Kitorang dah letak kamera dari pelbagai angle nak record reaction If time kene prank tu. Dia masuk-masuk je, dengan umah gelap gelita tu, kitorang serbu nyanyi lagu bufday ramai-ramai dengan spray kat dia. Dalam video tu boleh nampak dia terkejut sampai tercampak beg dia. Haha. Tapi aku tade copy la video yang kitorang record tu.

Ni dia mastermind on If's birthday prank tu. Tapi apsal If pon menyebok dalam gamba ni eh?

Ni je video yang aku ada kat aku. Bufday wish dari aku dengan Wawa.

So, da abeh sesi kat uma Tqah, takya nak memekak kat uma orang lama-lama, kitorang gerak pegi lepak kat Sawarabina. Untuk pengetahuan korang, geng aku yang ni, sume hantu shisha. So kalo nak lepak mana-mana, kitorang konfem kene cari tempat yang ada shisha. Tade shisha, takle idop.

Sambung main tiup-tiup kek.

Happy birthday If. Aku rasa, tiap-tiap tahun ade orang celebrate bufday ko. Untung jadi If. Ramai sayang.

If ingat, kisah prank dia da abeh la kat uma gf dia tu. Satgi, time nak balik, masing-masing konon-konon tenang jalan pegi paking, japg si Khairy dengan Zul baik punya start main perang tepung. Berlari-lari 1 paking area tu masing-masing berperang tepung. Tu jugak lagi 1 point kenapa kitorang pilih nak lepak kat Sawarabina. Sebab paking area dia luas. Memang jadi antu tepung ah masing-masing balik malam tu.

Ok la. Tu je. Tak happening mana pon celebration kitorang. Still macam budak-budak punya perangai even dah masuk suku abad da umur masing-masing. Anyway, happy belated birthday, Ifthiqar. Doa aku sama je macam tahun-tahun yang lepas. Thanks always be there for me, dude.










________________________________________________________________________

HEARTBEAT PROJECT PROMO!


Item : Plain Shirt
Size : Free size
Price : RM 30

Whatsapp/sms 0126449152 to order.

Instagram : heartbeatproject_




Viewing all articles
Browse latest Browse all 136

Trending Articles