Aku, incek BF dan Shah Alam memang tak dapat dipisahkan. Kitorang memang kaki lepak Shah Alam. Ntah ape yang syok kat situ pon aku tatawu. Kahkah. Tapi, tetappp!
Kalau korang perasan la, aku ngan incek BF jenis rajin pegi cari cafe-cafe pastu bukan nak makan beria pon. Paling-paling order air, pastu order kek seketul. Kitorang suka macam tu.
So, pada orang Shah Alam or bebudak UiTM ke, Unisel ke, korang konfem la dah tau pasal Chemistry Cafe ni. Pada yang tak tau, meh aku nak share sikit.
Meh kita usha interior dia sikit. Ehm, typical cafe style.
And kali ni kitorang datang ni pon, untuk makan mengada-ngada je. Order air dengan kek je.
Ni aku punya. Kalo tak salah aku, ni mocha. Ehm, aku kan sebenanye tak suka mende-mende yang manis sangat. Nanti potong stim nak makan or minum. Kat sini, memang segala benda manis. So, memang sangat memotong stim aku.
Ni incek BF punya. Pon manis.
So, kalo korang nak try makan kat sini, nah alamat
Chemistry Lab + Cafe
No. 26, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor
Landmark : Sederet dengan Restoran Hakim baru. Area Pak Li.
Business hours :
10.00 am - 2.00 am
*rasanya cafe ni tutup hari Isnin. rasanya lahhh.*